HQ DEVISA SUMBANGAN RM4, 000 KEPADA ANAK YATIM BERSEMPENA AIDILFITRI
Sejumlah RM 4, 000 sumbangan Aidilfitri disalurkan kepada Rumah anak-anak yatim di sekitar Johor Bahru.
Pengurus Besar HQ Devisa, Dato’ Saebah, berkata sumbangan itu diberikan melalui cek kepada pengurus Rumah anak-anak yatim susulan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, setiap rumah anak yatim menerima RM2, 000 hasil sumbangan orang ramai yang telah membeli produk-produk Devisa.
“Program berbuka bersama anak-anak yatim telah dibatalkan akibat daripada wabak COVID-19 dan faktor keselamatan. Seandainya, wabak tular ini tiada, saya sudah melakukan lebih lagi kepada anak-anak ini”

Sumbangan membabitkan 2 buah Rumah Anak-Anak Yatim iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat) dan Rumah Anak-Anak Yatim Shafar.




0 Comment