BUBUR LAMBUK DRIVE THRU – RAMADHAN 2021

BUBUR LAMBUK DRIVE THRU – RAMADHAN 2021

Mengambil kira situasi semasa yang berdepan dengan PKPB akibat peningkatan kes virus Co19 yang berlaku di hampir keseluruhan kawasan, Devisa HQ melakukan pengagihan bubur lambuk secara DRIVETHRU di hadapan Pejabat Urusan Devisa, Taman Sierra Perdana, Masai, Johor.

Hampir 700 bekas bubur lambuk telah di agihkan kepada penduduk setempat dan semua yang melalui kawasan tersebut.
Misi kami adalah untuk memperkenalkan dengan penduduk tempatan tentang keberadaan kami di Taman Sierra Perdana, Masai, sekaligus melakukan kerja2 amal untuk komuniti setempat.

Lebih 300 biji kereta dan motosikal yang melalui kawasan ini, dan menerima BUBUR LAMBUK dari kami. Semoga budaya memberi dan kemasyarakatan ini akan menjadi ikutan kepada mereka di luar sana. 

Anda yang ingin menjana pendapatan bersama DEVISA BEAUTY AND HEALTH, boleh terus hubungi kami di talian – +60107134658 atau terus tekan link ini Puan Eiba AR

Puan Eiba sedang memotong bawang untuk bahan-bahan masakan bubur lambuk.
Puan Eiba (hujung kanan sekali) mengacau bubur lambuk bersama-sama rakan-rakan HQ.
Terdapat 2 kawah bubur lambuk yang telah diusahakan oleh Puan Eiba dan rakan-rakan HQ.
Proses penyejukan bubur lambuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik.
Proses pembungkusan makanan bubur lambuk.
Nombor cabutan bertuah dibungkuskan sekali kedalam plastik.
Pengalihan makanan bubur lambuk ke khemah.
Pengagihan bubur lambuk kepada pemandu. (DRIVE THRU)
Puan Eiba mengagihkan bubur lambuk kepada pemandu. (DRIVE THRU)
Pengagihan bubur lambuk kepada pemandu. (DRIVE THRU)
Kru bahagian keselamatan.
Puan Eiba mengagihkan bubur lambuk kepada pegawai-pegawai polis di Balai Polis Seri Alam.

0 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *