Pengenalan Syarikat
Devisa Beauty and Health merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang di tubuhkan pada
24.01.2018 di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956. Syarikat mengamalkan prinsip GOLDEN
RULE : Layanilah orang lain sepertimana anda ingin orang lain melayan anda.
Devisa Beauty and Health, menumpukan kepada bidang Kecantikkan (kosmetik) dan penjagaan
dalaman. Devisa juga menawarkan perkhidmatan perundingan secara percuma selepas jualan. Yang
mana semua pelanggan Devisa boleh berurusan dengan wakil jualan Devisa pada bila-bila masa.
Semua produk kosmetik Devisa telah di daftarkan dan mempuyai kelulusan dari pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia. Dan untuk produk penjagaan dalaman diklasifikasikan dalam produk
pemakanan dan selamat digunakan.
VISI syarikat ialah menjadikan Devisa Beauty and Health sebagai pengeluar produk kecantikkan
dan penjagaan dalaman menggunakan jenama Devisa yang berkualiti serta mampu dimiliki oleh
semua golongan masyarakat Malaysia, serta memberi peluang perniagaan dengan modal yang
paling minima, untuk memulakan perniagaan dengan menjana pendapatan berganda.
MISI syarikat ialah memastikan Devisa Beauty and Health mampu meluaskan perniagaan dan
mengembangkan rangkaian perniagaan keseluruh Malaysia yang memiliki branch sendiri di setiap
negeri serta berkembang ke negara-negara ASEAN. Seterusnya produk jenama Devisa di kenali di
persada dunia.
Dengan berpegang teguh kepada prinsip SETIAP ORANG LAYAK BERJAYA, Devisa akan terus
mengorak langkah untuk melahirkan lebih ramai usahawan maju yang berdaya saing.